BBM3410-2021-MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI
STRATEGIKOMUNIKASI - Halaman 75-76
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Serdang: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Untuk pengetahuan semua, secara ringkasnya, strategi komunikasi ini adalah satu percubaan yang sistematik oleh para pelajar dalam memecahkan kod bahasa sasaran. Mesej yang disampaikan menggunakan strategi komunikasi ini akan mudah difahami oleh kedua-dua pihak, iaitu penutur dan pendengar. Komunikasi boleh berlaku dalam bentuk kumpulan yang kecil dan kumpulan yang besar serta boleh berlaku melalui peralatan digital yang terkini agar penyampaian mesej akan menjadi lebih berkesan dan cepat. Selain itu, komunikasi mestilah mempunyai strategi inovasi. Hal ini kerana, ia dapat meninggalkan mesej yang positif dan tidak mempunyai sebarang keraguan serta mudah ditanggapi oleh pendengar. Strategi komunikasi ini merupakan satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Strategi komunikasi oleh kanak-kanak pula melibatkan budaya dan nilai sosial. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan penyebaran nilai secara berterusan. Akhir sekali, mesej yang ingin disampaikan haruslah menitikberatkan perasaan penerima kerana ianya sangat penting, melambangkan nilai budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang individu tersebut.
Gambar Kehadiran
Ulasan
Catat Ulasan