BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-POTRAIT

POTRAIT


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Ringkasan Potrait
        Potrait selalunya sinonim dengan gambar/foto yang berfokus dalam jarak yang dekat. Potrait jarak dekat menjadi kegemaran ramai untuk mempamerkan emosi pada wajah atau garis-garis jelas pada wajah. Penggambaran video untuk potrait jarang dilakukan kerana video memerlukan pergerakan. Potrait boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu, kepala, separuh badan dan penuh (kepala-kaki). Biarpun separuh badan dan penuh, tetapi individu tersebut masih kelihatan jelas. Potrait lebih jelas diambil dalam studia yang tertutup kerana studio menyediakan lampu khas untuk menampakkan setiap gambar itu jelas dan cantik.


Gambar Potrait
(Model : Nurfatehah Sawpi)

Kepala
Gambar ini ialah bertemakan Ring Light Potrait. Ianya memfokuskan bahagian wajah model yang serius dengan bantuan pengcahayaan daripada ring light tersebut.

Kelihatan riak wajah model yang ceria di dalam gambar ini.

Gambar ini memfokuskan model secara dekat yang sedang membetulkan spek matanya.




Separuh
Gambar ini menunjukkan model sedang tekun dan fokus membaca buku.

Di dalam gambar ini, kelihatan model sedang mencari sesuatu di dalam begnya.

Gambar ini kelihatan model sedang senyum ke arah kamera dengan menggayakan pose yang ayu, sesuai dengan baju kemeja bercorak bunga-bunga yang dipadankannya.

Penuh
Gambar ini kelihatan keseluruhan badan model yang menggayakan sebuah beg tangan yang dipegang sebelah tangan dibahagian depan paras lututnya.

Gambar ini pula kelihatan keseluruhan badan model yang menggayakan sebuah beg tangan yang disandangkan dibahunya.

Gambar ini menunjukkan keseluruhan badan model yang sedang duduk menyilangkan kakinya sambil menggayakan beg tangan.


Papan Cerita Potrait
        Untuk gambar-gambar Potrait, saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar model dengan pelbagai gaya di dalam rumah sahaja dengan menyediakan set studio mini saya sendiri, dengan bantuan pengcahayaan dari lampu siling dan lampu meja serta ring light.


Gambar Kehadiran

Ulasan