BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2
RINGKASAN CERITA SOSIAL 2 : Saya Yang Istimewa - Halaman 23-24
RUJUKAN
Normaliza abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Ringkasan
Pada hari Ahad yang lalu, abang Imran melihat bapanya baru
pulang ke rumah dengan banyak buah-buahan yang dibawanya dan dia bertanyakan
kepada bapanya dari mana bapanya membeli buah-buahan tersebut. Bapa Alim pulang
dari pasar tani dan membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar
tani tersebut kerana beliau tahu bahawa anak-anaknya, Alim, abang Imran, Kak Madinah
dan Aisyah sangat suka makan buah-buahan tempatan. Antaranya ialah buah
rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan lain-lain. Bapa
alim mengajak ahli keluarga makan buah-buahan tersebut bersama-sama dan beliau
menyuruh abang Imran untuk memanggl mereka. Madinah sangat teruja melihat terdapat
banyak buah-buahan di hadapannya sambal melompat-lompat. Aisyah juga sangat
teruja membuatkan dia terus berlari ke arah plastik yang berisi buah-buahan
tersebut sambil menjerit bahawa dia mahukan buah manggis dan mengambil buah
manggis. Ibu mereka sangat prihatin kerana beliau dengan pantasnya menyediakan
bakul sampah berhampiran keluarganya dan memberitahu kepada anak-anaknya supaya
tidak membuang sampah merata-rata supaya rumah mereka tidak kotor dan bersepah
dengan kulit-kulit dan biji-biji buah-buahan. Anak-anaknya mengangguk faham.
Selepas
itu, Alim bertanyakan kepada ibunya jika
mereka boleh memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman kerana katanya
lagi, ianya satu perbuatan yang baik. Ibu dan bapa sering berpesan, kita
mestilah berkongsi barang atau makanan dengan orang yang kita suka. Ibu Alim
memuji Alim seorang yang baik dan bangga kerana dia ingat pesan ibu bapanya sambil
mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman
dan menyuruh Alim untuk memberikannya kepada Sulaiman yang kelihatan sedang
menyiram pokok bunga sebentar tadi. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya
dan segera berlari ke rumah Sulaiman untuk memberikan plastik yang berisi
buah-buahan. Sampai di rumah Sulaiman, Alim menghulurkan plastik tersebut kepada
Sulaiman, membuatkan Sulaiman tersenyum gembira. Sulaiman mengucapkan terima
kasih kepada Alim dan terus berlari pulang. Alim tersenyum menandakan dia puas
dengan perbuatannya dan dia faham bahawa berkongsi itu sifat yang baik.
Usai makan, Alim menolong keluarganya mengemas rumah. Dia membawa sampah kulit buah-buahan untuk dibuang ke dalam tong sampah yang besar di luar rumah mereka. Semasa membuang sampah, Alim terlihat Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaimaan yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah yang juga melihat Alim lalu mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberi buah-buahan kepada Sulaiman tadi. Alim menyambut penghargaan Mak Cik Timah dengan ucapan sama-sama dan mengatakan bahawa ibunya sering berpesan berkongsi itu adalah perbuatan yang baik dan Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub adalah jiran yang baik, jadi kita semua mestilah baik dengan jiran. Mak Cik Timah mengiyakan apa yang diperkatakan Alim dan memujinya sebagai seorang anak yang baik tetapi mempamerkan riak wajah yang sedih. Alim memperhatikan riak wajah Makcik Timah dan bertanya kenapa Mak Cik Timah kelihatan sedih. Makcik Timah menjawab bahawa beliau sebenarnya tidak sedih tetapi gembira kerana Alim sangat baik dengan anaknya, Sulaiman yang kelihatan sedang membasuh basikal kecilnya. Alim berkata bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman dan berlalu pergi, pulang ke rumahnya sambil melambai-lambai kea rah Mak Cik Timah. Makcik Timah memandang Alim dan mendoakan supaya Alim sekeluarga sentiasa sihat dan sejahtera.
Gambar Kehadiran
Ulasan
Catat Ulasan