BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT
MUG SHOT
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
NOTA MUG SHOT
Mug shot merujuk kepada foto yang diambil secara dekat untuk memfokuskan kepada wajah. Ianya bertujuan untuk menunjukkan wajah seseorang individu dengan terperinci sehingga terlihat emosi pada wajahnya dan agar wajah tersebut mudah dikenali. Contohnya, mug shot sering digunakan untuk mengambil gambar kad pengenalan, pasport, gambar orang yang ditemu bual, dan lain-lain. Biarpun mug shot memfokuskan kepada raut wajah seseorang, akan tetapi ianya tidak sesuai digunakan untuk merakam video. Ini kerana rakaman video melibatkan pergerakkan seseorang itu.
GAMBAR EMOSI SECARA MUG SHOT
Gembira
Model : Siti Nazihah binti Samat
Huraian :
Keenam-enam gambar di atas menunjukkan emosi gembira;
- Gambar ini menunjukkan kegembiraan yang dibuat-buat kerana senyumannya kelihatan kekok.
- Gambar ini menunjukkan model sedang sengih dan matanya yang berbentuk melengkung kebawah seperti U terbalik menampakkan bahawa senyuman ini adalah senyuman yang ikhlas.
- Gambar ini pula kelihatan model sangat gembira seperti memikirkan sesuatu yang menceriakannya dan membuatnya sengih sambil memejamkan mata.
- Di dalam gambar ini model kelihatan mengukir senyuman yang selesa dan matanya kelihatan teruja untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut.
- Model kelihatan gembira melihat sesuatu yang mencuri perhatiannya.
- Gambar ini menggambarkan kegembiraan yang dialami oleh model apabila memakan makanan yang enak.
Gambar-gambar di atas menunjukkan pelbagai emosi sedih;
- Gambar pertama kelihatan model sedih kerana berasa kecewa akan sesuatu/seseorang.
- Gambar seterusnya, model kelihatan sedih dan termenung. Ini selalunya terjadi apabila hati kurang tenang dan membuat diri hati risau.
- Di dalam gambar ini, kelihatan model memejamkan matanya sambil memikirkan tentang perkara yang membuatnya sedih.
- Gambar keempat menunjukkan riak sedih apabila dimarahi oleh seseorang.
- Seterusnya, di dalam gambar ini kesedihan yang terpaut diwajah model menggambarkan sesuatu yang amat menyedihkan sehingga menitiskan air mata dan memejamkan matanya memikirkan tentang perkara tersebut, seperti kehilangan seseorang.
- Gambar ini menunjukkan raut wajah yang sedih apabila berasa kecewa yang teramat terhadap sesuatu/seseorangsehingga menitiskan air mata dan memberi pandangan yang mencerminkan kekecewaan.
Takut
Enam gambar di atas memaparkan emosi takut;
- Gambar ini jelas kelihatan model sedang ketakutan setelah melihat sesuatu yang menakutkan.
- Raut wajah takut yang digambarkan oleh model adalah kerana takut mendengar perbualan atau takut dengan seseorang yg sedang berbual dengannya.
- Gambar ini menunjukkan ketakutan yang dialami apabila bertemu dengan haiwan yang menakutkan dan menggelikan pada masa yang sama.
- Di dalam gambar ini, riak wajah takut ini sering kelihatan apabila masuk ke rumah hantu atau melalui tempat gelap dan kita pejamkan mata, tidak mahu melihat di sekeliling kerana sudah menebak atau risau akan ada sesuatu yang menakutkan di hadapan.
- Gambar yang kelima ini pula ialah riak wajah ketakutan apabila menonton sesuatu yang mengerikan dan sedikit mengejutkan.
- Gambar ini menunjukkan wajah takut apabila mendengar perkara yang mengerikan dan kelihatan keningnya yang sedikit jatuh menunjukkan seolah-olah dia tidak percaya tetapi masih di dalam ketakutan.
Geram
Keenam-enam gambat di atas pula menggambarkan emosi yang geram;
- Yang pertama, gambar ini memperlihatkan model yang sedang geram akan sesuatu yang menjengkelkan.
- Kedua, gambar ini menujukkan bahawa wajah geram yang dipaparkan adalah kerana terdapat sedikit perasaan tidak puas hati akan sesuatu.
- Model memberikan pandangan yang tajam di dalam gambar ini dan dahinya di antara kedua belah kening sedikit berkerut kerana seseorang telah melakukan kesalahan yang ringan dan berasa geram.
- Gambar ini menunjukkan bahawa model geram akan sesuatu/seseorang tetapi sudah terbiasa dengan perkara tersebut, hanya memberikan pandangan yang menjengkelkan.
- Gambar ini menggambarkan perasaan geram apabila sedang menghadapi pergaduhan kecil dengan seseorang dan menjelingkan mata.
- Gambar ini menujukkan riak wajah geram akan sesuatu yang comel seperti telatah anak-anak kecil yang menggemaskan.
Marah
Gambar-gambar di atas menunjukkan emosi marah;
- Model kelihatan marah dengan sesuatu/seseorang yang amat menjengkelkan sehingga membuatnya naik darah tetapi masih boleh mengawal amarahnya.
- Gambar ini memperlihatkan emosi marah apabila melihat seseorang melakukan kesalahan yang mengejutkan.
- Gambar ini pula, kelihatan model sedang marah dengan seseorang yang berbual dengannya (sedang memarahi seseorang).
- Di dalam gambar yang keempat, tahap kemarahan adalah agak tinggi dan kelihatan tidak dapat bersabar lagi dengan karenah seseorang.
- Kelihatan model marah dan masih di dalam kebingungan serta ketidakpercayaan (in disbelief) setelah mendapat tahu sesuatu atau perkara tersebut berlaku dihadapan mata.
- Gambar ini memaparkan kemarahan yang telah lama dipendam dan akhirnya tercetus kerana sudah tidak boleh bersabar lagi.
Terkejut
Gambar-gambar di atas adalah tentang emosi terkejut;
- Kejutan yang dialami di dalam gambar adalah biasa-biasa sahaja, membuatkan model termenung kerana sedikit tidak percaya, apakah perkara yang di dengarnya benar atau tidak.
- Gambar ini memperlihatkan model terkejut setelah mendengar/menonton cerita yang agak mengejutkan tetapi masih boleh diterima.
- Seterusnya, emosi terkejut yang digambarkan adalah apabila seseorang itu berada di dalam keadaan yang tidak masuk akal dan tidak mampu menerimanya.
- Gambar ini pula, kelihatan mulut yang ternganga dan mata yang terbeliak, menunjukkan yang sesuatu perkara yang terjadi itu sangat mengejutkan dihadapan matanya dan percaya bahawa perkara itu adalah keterlaluan.
- Model terkejut tetapi tidak mampu untuk berkata apa-apa, hanya mampu memandang dengan mata yang terbeliak kerana sedikit terkejut dan bingung.
- Gambar ini menunjukkan emosi terkejut dan kelihatan pada bahagian mata dan keningnya sedikit kerisauan apabila melihat sesuatu yang mengejutkan dan mengerikan pada masa yang sama, seperti kemalangan.
Ketawa
Semua gambar di atas menggambarkan pelbagai emosi dan gaya ketawa;
- Gambar pertama menunjukkan emosi ketawa yang biasa-biasa ketika sedang berbual.
- Gambar kedua pula menunjukkan emosi ketawa yang sedikit menarik kerana mulut model sedikit terbuka dan matanya tertutup sedikit.
- Gambar emosi ketawa ini memperlihatkan model sedang cuba menahan ketawanya dengan memejamkan mata, dahi bahagian keningnnya sedikit berkerut tetapi masih tidak boleh menahannya kerana dia tetap sahaja masih ketawa.
- Emosi ketawa yang tergambar dalam gambar ini berlaku apabila melihat sesuatu yang kelakar dan model ketawa sehingga mukanya merah.
- Gambaran emosi ketawa yang diketengahkan di dalam gambar ini adalah apabila sesuatu perkara itu amat mencuit hati dan membuatkannya ketawa besar dan matanya dipejam kerana tidak tertahan ditolak naik oleh otot pipinya.
- Akhir sekali, di dalam gambar ini kelihatan model sedang ketawa jahat. Emosi ketawa ini selalunya terjadi apabila sedang merencanakan sesuatu yang tidak baik atau mendapat berita yang tidak baik tetapi kita gembira mendengarnya kerana adanya niat jahat.
Gambar Kehadiran
Ulasan
Catat Ulasan