BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP

 CLOSE UP


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


NOTA CLOSE-UP
        Close-up ialah foto  atau video yang diambil pada jarak yang dekat untuk memfokuskan wajah seseorang atau sesuatu benda. Ianya bertujuan untuk menunjukkan sesuatu itu dengan jelas. Close-up bukan sahaja untuk memfokuskan wajah seseorang yang sedang melakukan aktiviti tetapi juga boleh memfokuskan kepada aktiviti yang dilakukan itu.


GAMBAR
CLOSE-UP : Manusia


HURAIAN
  1. Foto ini memfokuskan muka kanak-kanak (Hanan Humaira) yang sedang baring dan senyum ke arah jurukamera (saya).
  2. Foto yang kedua pula memfokuskan muka seseorang individu (Nurfatehah) yang sedang menikmati air yang diminumnya.
  3. Foto seterusnya difokuskan kepada wajah seorang kanak-kanak (Saif Ibrahim) yang sedang meminum susu botol dengan penuh selera.
  4. Foto ini pula memfokuskan wajah seseorang (Makcik Fiza) yang sedang bekerja di sinki dapur.
  5. Foto ini menunjukkan wajah seorang kanak-kanak (Ali Uwais) yang sedang tidur dengan nyenyak.

CLOSE-UP : Binatang

HURAIAN
  1. Foto ini memfokuskan bahagian kepala seekor ayam betina. Kita dapat melihat matanya yang berwarna merah dan hitam dengan jelas.
  2. Foto ini pula menunjukkan bahagian kepala seekor kucing. Kucing ini sedang menikmati belaian oleh seseorang di bahagian atas-belakang kepalanya.
  3. Foto ini memfokuskan bahagian ekor seekor ikan dengan jelas. Kita dapat melihat warna putih, biru dan hitam pada ekornya dan sisik di bahagian badannya.
  4. Foto seekor siput babi ini dilihat fokus kepada garis-garis pada cengkerangnya, badannya dan sesungut yang mana terletaknya mata siput tersebut.
  5. Foto ini memfokuskan seekor burung tekukur yang sedang berehat di atas sebatang ranting di dalam sangkar.

CLOSE-UP : Tumbuhan
HURAIAN
  1. Foto ini memfokuskan sekuntum bunga kertas yang bewarna ungu dan kita juga dapat melihat bunga kecil berwarna putih yang merupakan sebahagian daripada bunga kertas itu.
  2. Foto ini menunjukkan sebatang pokok kaktus (nama saintifik: Euphorbia Viguieri). Batangnya jelas terlihat ada duri-duri dan ia juga mempunyai tunas bunga serta daun-daun dibahagian hujung atas batangnya.
  3. Foto ini memfokuskan sekuntum bunga raya yang bewarna merah. Kita dapat melihat dengan jelas terdapat garis-garis pada kelopak-kelopak bunga raya ini.
  4. Foto yang keempat ini ialah pokok kaktus (nama saintifik: Euphorbia Lactea Gigantea)  yang diambil secara dekat dan dengan jelas kita dapat melihat terdapat duri-duri hitam yang tajam di sekelilingnya.
  5. Foto ini pula menunjukkan sekuntum bunga lili darah (blood lily) yang bewarna merah pudar dan dihujung-hujung setiap kelopak kecil bunga ini berwarna kuning.

CLOSE-UP : Benda

HURAIAN
  1. Foto yang pertama menujukkan beberapa gulung benang dan kita dapat melihat utas gulungan benang tersebut dengan jelas.
  2. Foto yang kedua memfokuskan buih-buih sabun di atas tapak tangan seseorang.
  3. Foto seterusnya ialah beg tangan yang difokuskan di bahagian zipnya.
  4. Foto ini ialah foto sebuah buku yang dibuat sendiri (DIY) yang diambil secara dekat dan jelas pada bahagian tulang buku tersebut yang diikat dengan benang.
  5. Foto ini pula memfokuskan seutas jam tangan besi yang berwarna perak dan kita dapat melihat jarum jam yang berwarna coklat keemasan serta teks-teks yang terdapat di bahagian dalam jam tersebut.


Gambar Kehadiran


Ulasan