BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 CELIK BAHASA ISYARAT


Rancangan Sembang Tamu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia "Celik Bahasa Isyarat"

dengan penampilan khas, Prof. Dr. Normaliza Abb Rahim, Professor daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tetamu jemputan.


Pautan video penuh di YouTube : https://youtu.be/-h5hlplln24


            Berdasarkan video Rancangan Sembang Tamu tersebut, saya mendapati bahawa pembelajaran bahasa isyarat adalah sangat penting dan kemahiran ini akan menjadi sangat berguna. Kita mestilah sekurang-kurangnya ada asas untuk berbahasa isyarat seperti menyapa, meminta maaf, mengucapkan terima kasih dan lain-lain bahasa isyarat yang mudah. Usia bukanlah penghalang untuk belajar bahasa isyarat ini. Lebih menarik, dengan menggunakan bahasa isyarat kita boleh menahan diri daripada menjerit-jerit kemarahan tetapi hanya marah menggunakan bahasa isyarat. Cara ini bukan sahaja tidak menggunakan tenaga yang banyak tetapi menunjukkan bahawa kita masih boleh bertindak secara profesional biarpun sedang marah. Dengan adanya kemahiran untuk berbahasa isyarat, secara tidak langsungnya kita sebagai masyarakat yang berupaya menyokong dan memberi semangat kepada golongan yang kurang berupaya serta tidak mensisihkan mereka hanya kerana cara mereka berkomunikasi adalah unik berbanding cara yang biasa.


Bukti Kehadiran (screenshot komen semasa LIVE di Facebook DBP


Ulasan