BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK
BAHAN ASAS GRAFIK - KUMPULAN DAHLIA
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Senarai bahan untuk asas grafik - Halaman 74
- Bunting/banner
- Pamphlet
- Poster
- Gambar/foto
- Billboard
- Video
1. Posisi kasut:
Kedudukan kasut kelihatan seimbang dan saiz kasut dalam pengiklanan ini tidak telalu besar sehingga menutupi elemen lain dalam banner tersebut.
2. Latar belakang elemen batu-bata:
Pemilihan latar belakang ini adalah untuk mengurang kan penggunaan warna kelabu yang terlalu banyak dan memasukkan sedikit warna yang sedikit gelap untuk menonjolkan warna latar teks yang menggunakan bahasa Inggeris kelihatan menjadi lebih estetik.
3. Penggunaan bahasa Inggeris:
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengiklanan ini adalah kerana target jualan ini bukan hanya tertumpu kepada orang tempatan sahaja.
4. Laman sesawang:
Kedudukan aplikasi-aplikasi tersebut yang berada di sudut kanan bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan. Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
5. Latar belakang warna kelabu
Latar belakang
ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta ingin memfokuskan
kedudukan kasut tersebut.
6. Jenis bahan bunting
Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk segi empat dan bahan yang akan digunakan untuk bunting tersebut ialah daripada jenis polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis plastik yang diklasifikasikan sebagai bahan yang sangat tahan lama (sesuai digunakan untuk promosi luar) dan tidak mudah koyak.
PAMPHLET
1. Posisi Kasut
Kasut yang akan dihasilkan akan diletakkan dibahagian tengah gambar (center) supaya menjadi daya tarikan utama. Jenama juga diletakkan dibahagian tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya akan memandang jenama terlebih dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat jenama Eleven11.
2. Slogan
Slogan bagi jenama ini diletakkan juga dibahagian atas supaya pembeli akan melihat syarikat kasut ini mempunyai pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan mengikut warna tema kasut iaitu merah hitam.
3. Latar Belakang
Latar belakang (background) pamphlet adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik minat pembeli . Malah kasut ini juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai dengan latar yang disediakan.
4. Laman Sesawang
Kedudukan website atau laman sesawang
bagi syarikat ini berada di sudut kanan
bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan
dalam masa yang sama memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat.
Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar.
POSTER
GAMBAR/FOTO
1. Posisi Kasut
Kedudukan kasut diletakkan pada bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.
Penggunaan logo sangat penting supaya seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali sesuatu produk atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga berperanan sebagai identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perniagaan. Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang terdapat dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan kepada pelanggan.
Kedudukan jenama kasut diletakkan di tengah-tengah bagi menonjolkan jenama kasut tersebut. Di samping itu, kedudukan jenama tersebut dapat memudahkan pelanggan mengetahui jenama kasut tersebut. Jenama kasut dipaparkan bagi menarik minat pelanggan untuk cuba mencari info tentang kasut tersebut atau melihat penilaian tentang syarikat kasut tersebut berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pelanggan mereka.
Teks dimasukkan bagi menarik perhatian pelanggan. Saiz teks dibesarkan bagi memudahkan penglihatan pelanggan untuk membacanya. Jenis font pula yang mudah dibaca walaupun sekilas pandang sahaja. Warna font pula menggunakan warna font yang sedikit terang tetapi masih dalam kategori warna pastel. Ia sesuai digunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Teks yang digunakan tidak terlalu berat untuk difahami dan juga bukan sahaja memfokuskan masyarakat tempatan malah ia juga fokuskan kepada penduduk warga asing. Malah teks digunakan tersebut sebagai ayat pemujuk kepada pelanggan untuk membelinya.
Menggunakan warna latar berwarna gelap bagi menimbulkan teks dan gambar kasut yang digunakan. Berdasarkan pada pemilihan warna latar hanya menggunakan satu warna sahaja. Ini kerana untuk tidak terlalu fokuskan kepada penggunaan warna latar. Warna biru dipilih kerana warna biru merupakan warna yang tenang. Pelanggan akan senang untuk membaca teks atau melihat gambar yang dipaparkan kerana mereka tidak perlu untuk lebih fokus pada warna latar. Faktor pemilihan warna latar berdasarkan warna kasut dan juga elemen teks yang dimasukkan.
Posisi kasut pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks
yang berada di kiri dan kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana
pelanggan boleh melihat terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah
mengetahui bahawa iklan tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut
yang berwarna merah dan bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.
VIDEO
Pautan draf video iklan kasut :
https://youtu.be/hlf3X582-LI (dengan muzik latar)
https://youtu.be/_aopsp34HhU (tanpa muzik dan suara)
Bahagian 1 (Saat 0-11) :
Rakaman model berjalan memakai kasut
- ·
Tujuan :
memfokuskan fungsi kasut tersebut dan bagaimana ia kelihatan apabila dipakai
- ·
Untuk memberi gambaran kepada audiens/pengguna
Bahagian 2 (Saat 12-20) :
Rakaman jarak dekat (zoom in) pada kasut yang dipakai model
- ·
Tujuan :
memfokuskan fitur-fitur dan reka bntuk kasut tersebut
- ·
Supaya audiens dapat melihatnya dengan lebih dekat dan
jelas
Bahagian 3 (Saat 21-23) :
Rakaman kasut yang dipakai oleh model dari jarak jauh bersama jenama kasut
- ·
Tujuan : untuk
memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut
- ·
Jarak dan sudut rakaman kasut tersebut pada ketika ini
adalah sedikit jauh kerana kasut bukan fokus utama tetapi masih di dalam
konteks
- ·
Oleh kerana fokus utama bahagian ini ialah jenama
kasut, logo “ELEVE11” diletakkan dengan saiz yang besar di sebelah kanan kasut.
- ·
Pemilihan posisi jenama juga penting dan ia diletakkan
di sebelah kanan agar menampakkan keseimbangan dalam grafik tersebut
- ·
Rakaman kasut di posisi tertentu juga dibekukan
beberapa saat agar audiens dapat melihat dengan jelas dan faham bahawa apa yang
ingin disampaikan adalah kasut dan jenamanya – bersesuaian – bukan jenama beg,
jenama kereta tetapi jenama kasut
Bahagian 4 (Saat 23-25) :
Slogan jenama/syarikat kasut
- ·
Tujuan : untuk
menarik perhatian audiens
- ·
“Every shoe has a story” merupakan slogan pilihan
syarikat/jenama “ELEVE11”
- ·
Pemilihan warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di
bahagian ini adalah hitam, putih dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan
senang apabila dipandang
- ·
Pilihan warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A”
adalah kontra dengan warna latar belakang, iaitu hitam. Dengan ini, teks
tersebut akan kelihatan lebih menonjol dan jelas
- ·
Pilihan warna merah pada teks “STORY” menunjukkan
bahawa perkataan ini ingin ditekankan kepada audiens untuk memujuk audiens
mencipta cerita sendiri melalui kasut tersebut – dapatkan dan alami secara
sendiri – beli dan pakai
- ·
Logo ringkas syarikat/jenama juga diletakkan untuk
lagi sekali memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut.
- ·
Logo tersebut juga dipilih untuk diletakkan pada
bahagian atas kiri agar mendapatkan keseimbangan di dalam grafik tersebut yang
mana dibahagian bawah kanan terletaknya teks “STORY”
Pemilihan latar
Latar belakang : pilihan latar belakang yang
dicadangkan semasa membuat rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya
bersesuaian dengan fungsi kasut yang dipakai untuk bersukan/berjalan, melakukan aktiviti sukan, kasual
Muzik latar : muzik yang dicadangkan ialah muzik
yang rancak, suspens dan menarik – agar audiens tidak mudah bosan menonton
iklan tersebut dan ingin terus menonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Durasi video : durasi video adalah selama 25 saat
sahaja – durasi video yang di bawah 30 saat boleh dikatakan durasi yang ideal –
ianya cuma video ringkas dan tidak akan menggunakan banyak waktu audiens untuk
menonton iklan ini tetapi masih mengandungi informasi-informasi tentang kasut
Ulasan
Catat Ulasan