BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PENDEKATAN ANALISIS WACANA - Halaman 12-13


Nama        : SITI NAZIHAH BINTI SAMAT

No. Matrik  189228


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Berdasarkan Pendekatan Analisis Wacana di dalam buku Kajian Wacana (ms 12-13),

    Terdapat lima (5) pendekatan analisis wacana  yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Normaliza (2018b), iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan sebelum permulaan garis hujah atau tindakan sejak dulu lagi. Ia mempunyai dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ialah kemampuan untuk memahami sesuatu perkara tanpa menggunakan pemikiran rasional dan intelektual yang muncul di luar kesedaran seseorang. Konteks pula dianalisis dari askpek penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

    Manakala, emosi merujuk kepada suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri akibat rangsangan dari dalam atau dari luar diri sendiri. Emosi terbahagi kepada dua aspek, iaitu emosi positif dan emosi negatif, boleh juga menjadi emosi bercampur. Ianya dilihat melalui perangai, personaliti, mood serta motivasi dalam diri dan luar.

    Nilai dan budaya pula berkaitan dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara yang dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai adalah seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, keadilan, kebebasan, rasional dan lain-lain.

    Selain itu, pendekatan bahasa dianalisis bertujuan untuk memfokuskan bahasa pertama/kedua/ketiga dan lain-lain. Bahasa dikategorikan kepada bahasa formal dan bahasa tidak formal. Bagi menampakkan sesuatu wacana itu lebih kritis, mempunyai huraian yang jelas dan padat, kesalahan bahasa dan aspek linguistik juga dianalisis.

    Akhir sekali, inferens mempunyai tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata yang perlu dibincangkan agar wacana tersebut lebih lengkap dan jelas.


Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018b)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

1. Positif

1. Diri

1. Bahasa pertama/ kedua/ketiga

1. Rumusan keseluruhan

2. Konteks

2. Negatif

2. Masyarakat

2. Formal/tidak formal

2. Rumusan topik

 

3. Emosi bercampur

3. Adat

3. Kesalahan bahasa

3. Penutup kata

 

 

 

4. Linguistik

 

·  Penerimaan/ penafian

·  Keperluan

·  Perujukan

·  Anafora

·  Pengulangan

·  Kekaburan

·  Penegasan

·  Perangai

·  Personaliti

·  Mood

·  Motivasi

·  Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·  Berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·  Hormat-menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

·  Keadilan, kebebasan, rasional

 

 

 Rajah 4: Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b)



Gambar Kehadiran


Ulasan