BBM3410-2021-MINGGU 2- ELEMEN KESEIMBANGAN - DAHLIA
INTERNET
Elemen : Keseimbangan
Tema : Haiwan
Rujukan : https://cosmosmagazine.com/biology/top-ten-most-popular-animals-are-still-endangered/
Huraian : Gambar jelas
menunjukkan singa yang merupakan sejenis haiwan. Singa tersebut merupakan singa
jantan dewasa. Singa itu sedang berehat di kawasan rumput. Rumput hijau
kekuning-kuningan yang meneduhkan permukaan bumi dan pokok akasia menunjukkan
tempat itu adalah kawasan savana. Warna biru langit seimbang dengan warna
rumput tersebut.
Tema : Perubahan Iklim
Rujukan : https://www.greeneuropeanjournal.eu/
Huraian : Foto ini
menggunakan latar belakang berwarna hijau. Keseimbangan yang dipaparkan amat
baik di mana subjek berada bahagian tengah. Terdapat dua logo iaitu di bahagian
sudut kiri atas dan kanan bawah. Penambahan teks di bahagian tengah bawah
menyeimbangkan lagi visual ini.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Suasana kampung
Rujukan : https://says.com/my/seismik/ala-riverview-lodge
Huraian : Ruang
sebelah kiri gambar terdapat sebuah rumah kampung seimbang dengan tiga orang
petani di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang
kelihatan hampir senja manakala di sebelah bawah gambar pula menunjukkan sawah
padi yang menghijau. Maka jelaslah, gambar ini menepati elemen asas grafik
iaitu seimbang.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Ketenangan
Rujukan : https://beyonddhorizons.net/2019/03/13/mostar-kravice-falls-daytrip/?amp
Huraian : Keseimbangan
di dalam gambar di atas dapat dilihat pada ruang kanan dan kiri gambar. Di
kanan gambar terisi dengan bot dan individu yang sedang mengambil gambar
permandangan di kawasan tersebut. Manakala, di bahagian kiri pula ditampilkan
air terjun, buih putih dan langit yang memainkan peranan dalam menyeimbangkan gambar
ini. Oleh itu, keseimbangan antara ruangan kiri dan kanan dipenuhi dengan baik.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Poster
Movie
Rujukan : https://www.imdb.com/title/tt12882620/
Huraian : Poster
diatas dilihst memenuhi ciri kesimbangan kerana ruang kiri dan kanan gambar
dilihat sama besar. Perkara ini membuatkan warna yang digunakan disisi kiri dan
kanan seimbang. Warna merah dalam poster
dilihat seimbang dengan warna biru di sebelah kanan poster tersebut. Warna yang
dipilih juga dapat menonjolkan grafik tersebut.
Element :
Keseimbangan
Tema :
Rumah ibadat
Rujukan :
https://www.kelasfotografi.com/2016/03/memahami-keseimbangan-balance-dalam.html?m=1
Huraian : Gambar di
atas mempunyai sisi kiri dan kanan yang seimbang. Walaupun mempunyai element
mudah untuk mengenali gambar tersebut, tetapi keseimbangan pasti yang akan
menjadi tarikan utama kepada yang melihat. Bahagian atas dan bawah gambar juga
jelas terdapat keseimbangan kerana ruang yang sama luas. Objek dalam gambar
tersebut berada tepat pada bahagian tengah.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Restoran
Rujukan : https://www.pngitem.com/middle/TibTmR_transparent-kentucky-fried-chicken-png-kfc-finger-lickin/
Huraian : Poster
restoran ini menunjukkan keseimbangan di mana logo restoran lebih memberatkan
di bahagian kiri dan nama restoran dan motto yang berbentuk teks lebih
memberatkan di bahagian kanan. Pemberatan yang sama rata yang memenuhi poster
itu telah menjadikan ia seimbang kerana setiap ruang digunakan dengan
sepenuhnya.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Alam sekitar
Rujukan : https://gurayyarar.github.io/AdminBSBMaterialDesign/pages/medias/image-gallery.html#lg=1&slide=0
Huraian : Berdasarkan
gambar diatas, terdapat sebuah tasik yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang
rimbun. Malah terlihat juga di sekeliling tepi tasik tersebut ditumbuhi
rumput-rumput yang menghijau yang dapat menyerikan lagi pemandangan tasik tersebut.
Tambahan pula, ruang atas menunjukkan keadaan awan yang membiru dan
gunung-gunung yang berada dihujung bukit tersebut menjadikan lagi kawasan tasik
tersebut ‘hidup’. Maka jelaslah bahawa ruang atas yang digambarkan berdasarkan
gambar diatas dapat menyeimbangkan pemandangan tasik tersebut yang berada di
bahagian bawah.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Alam
Semulajadi
Rujukan : https://www.pinterest.com/pin/2674081019327763/
Huraian : Gambar di
atas menunjukkan sebuah tempat yang dipenuhi dengan batu-batuan semula jadi.
Ditengah-tengah gambar tersebut dihasilkan sebuah cahaya daripada matahari yang
menembus masuk ke ruangan tersebut. Ianya membuat kan gambar yang telah diambil
ini menjadi lebih seimbang.
Elemen :
Keseimbangan
Tema :
Pemandangan
Rujukan : https://images.app.goo.gl/j4dHYb2qFVCLNf1L7
Huraian : Pemandangan
di pinggir laut yang terdapat beberapa bangunan yang tinggi dan rendah.
Sepenuhnya ruang digunakan. Ruang di sudut kanan menunjukkan pembangunan sebuah
bandar dan di ruang kiri sebelah bawah gambaran lautan manakala di bahagian
atas pula menunjukkan gambar langit yang sama keluasannya dengan bangunan dan
lautan. Warna yang digunakan dalam gambar berwarna lembut yang mengambarkan
gambar tersebut diambil pada waktu petang.
Elemen :
Keseimbangan
Tema : Busana
Rujukan :
https://www.pinterest.com/
Huraian :
Tema yang disampaikan merupakan busana. Pakaian yang dipakai oleh model
merupakan fokus utama grafik. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh
juru gambar membenarkan penonton melihat pakaian tersebut secara teliti. Akhir
sekali, keseimbangan gambar tersebut dapat memaparkan latar yang bersesuaian
tema busana itu
SENDIRI
Elemen : Keseimbangan
Tema : Kegembiraan
Rujukan : Sendiri
Huraian : Tiga sekawan
bergurau-senda di pinggir tanjung. Senyuman pada wajah mereka menunjukkan
perasaan gembira. Warna langit yang biru, hijau daun pokok yang jauh daripada
kawasan gambar diambil berserta air laut yang jernih menghasilkan gambar yang
indah. Gambar menunjukkan kegembiraan tiga sekawan yang terpateri secara
spontan kerana mata mereka tidak fokus pada lensa kamera.
Elemen : KeseimbangaN
Tema : Alam Semula Jadi Atin
Rujukan : Sendiri
Huraian : Gambar
pemandangan ini meliputi langit, tasik, rumput, pokok, bukit dan air pancut.
Ruang kiri terdapat sebatang pokok dan daunan pokok di ruang kanan gambar. Di
sebelah atas gambar pula terdapat langit yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak
terdapat tasik yang luas juga. Maka, keseimbangan yang digambarkan amat jelas
kerana setiap objek terletak pada posisinya dan saling berkaitan.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Keluarga (hanis)
Rujukan : Sendiri
Huraian : Foto
menunjukkan beberapa orang sedang bergambar diruang sebelah kiri dan kanan
gambar. Maka, kedudukan di sebelah kiri dan kanan gambar adalah seimbang. Di
sebelah atas pula menggambarkan pokok – pokok yang menghijau manakala di
sebelah bawah gambar pula menggambarkan air sungai yang jernih. Jelaslah,
kedudukan gambar di sebelah atas dan di sebelah bawah adalah seimbang.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Potrait - Metropolitan
/ Moden
Rujukan : Sendiri
Huraian : Berdasarkan
foto di atas, keseimbangan grafik ini dapat dilihat melalui kedudukan ring
light dan model tersebut yang berada di ruang tengah foto. Sisi kiri dan
kanan serta sisi atas dan bawah foto kelihatan seimbang apabila diukur dari ring
light tersebut.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Kolejku
Rujukan : Sendiri
Huraian : Dengan
merujuk kepada gambar diatas, grafik yang dihasilkan adalah seimbang. Hal ini
merujuk kepada kedudukan sisi kiri dan kanan yang mempunyai ukuran yang sama.
selain itu, atas kedudukan atas dah bawah juga dilihat sama dan mengwujudkan
keseimbangan. Perkara ini membuatkan grafik yang diambil kelihatan menarik dan
seimbang.
Element :
Keseimbangan
Tema : Pelancongan
Rujukan :
Sendiri
Huraian :
Pelbagai elemen wujud dalam gambar ini yang bersesuaian dengan tema antaranya
warna, kesesuaian, mudah dan keseimbangan. Keseimbangan ditekankan kerana jelas
terlihat ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dan seimbang kiri dan kanan.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Animasi
Rujukan : Sendiri
Huraian : Gambaran di
atas menunjukkan keseimbangan dengan menggunakan ruang yang disediakan dengan
sepenuhnya bagi memeriahkan lagi dekorasi dalam kad itu. Teks diletakkan di
bahagian atas secara melengkung dan meletakkan gambar kek dan kartun di bawah
teks itu yang menyebabkan ruang antara atas dan bawah seimbang. Ruang kiri dan
kanan kad itu diletakkan dekorasi yang pelbagai bagi mengisi ruang kosong itu.
Oleh itu, dengan keseimbangan yang ada telah menjadikan kad itu lebih cantik
dan menarik.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Sendiri
Huraian : Berdasarkan
gambar diatas, menunjukkan pemandangan di atas jalan raya dimana ruang kiri dan
kanan jalan raya tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit. Manakala
awan diatas kelihatan berwarna biru dan sedikit berwarna keputihan. Ini
jelaslah bahawa dengan semua gabungan ruang dan warna yang ada membuatkan
gambar ini kelihatan seimbang.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Kekeluargaan
Rujukan : Sendiri
Huraian : Gambar
diatas menunjukkan pelajar mengambil gambar sekelas bersama guru-gurunya di
suatu tempat yang sesuai dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Susunan
pelajar juga seimbang di kiri dan kanan dan ianya menyebabkan gambar tersebut
kelihatan lebih seimbang.
Elemen :
Keseimbangan
Tema : Percutian
Rujukan : Sendiri
Huraian : Gambar
diambil seimbang menampakkan semua pemandangan yang ada. Pokok yang berada di
sebelah kanan dan di kiri pula terdapat aliran air sungai serta bahagian atas
pula gambaran awam yang mendung dan jambatan kecil pada bahagian bawah.
Penataan warna yang pula tidak terlalu banyak. Kedua-dua pelancong tersebut
menggunakan warna pakaian yang sama sahaja iaitu tertemakan warna biru.
Elemen :
Keseimbangan
Tema :
Flora dan fauna
Rujukan :
Sendiri
Huraian :
Tema yang disampaikan merupakan flora dan fauna. Selain itu, keseimbangan yang
diaplikasikan oleh juru gambar mengfokuskan kaktus. Akhir sekali, keseimbangan
gambar tersebut juga mengisi segala kekosongan dan membuatkan gambar lebih
menarik.
KUMPULAN DAHLIA
Ketua projek - Siti Hajjar binti Muhammad 201847
AJK ELEMEN
1. Mudah
Ketua - Mardhiatun Najiha binti Zulkifli 201290
Pembantu - Nurul Khairullah bin Amirullah 201807
2. Warna
Ketua - Muhammad Huzaimi bin Jamaludin 199819
Pembantu - Juliastuti Koaeputeri binti Dae 199847
3. Teks
Ketua - Najwa Radiah binti Abdul Razak 203941
Pembantu - Fatin Nur Syazierra binti Sahril 203303
4. Kesesuaian
Ketua - Hanis Farhana binti Jamil 203929
Pembantu - Siti Nazihah binti Samat 189228
5. Keseimbangan
Ketua - Mohd Azizul bin Asri 204110
Pembantu - Nur Ewana Fatini binti Zulkefli 203305
Ulasan
Catat Ulasan